|
Sempena Hari Guru 2010 pada 16 Mei yang lepas, SMKPK juga tidak ketinggalan untuk turut sama mengadakan Sambutan Hari Guru bagi tanda menghargai jasa semua guru SMKPK yang telah menabur bakti dengan penuh ikhlas dan setia dalam mendidik anak-anak bangsa tercinta.
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk semua guru SMKPK ke Dewan Bestari. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ust Burhanudin dan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah oleh semua guru dan pelajar.Seterusnya, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Abdul Hadi b. Abdullah telah membaca perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Tn. Hj. Mohd Kamal b. Kasim pula telah membaca perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia.Sebagai wakil daripada pelajar, Ketua Pelajar telah memberi ucapan dan juga menyerahkan kad ucapan Hari Guru kepada Tuan Pengetua serta Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
Â
Tuan Pengetua, Pn. Hjh. Wan Azizah juga tidak ketinggalan memberi pesanan kepada semua pelajar dan guru (lihat lampiran). Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh semua guru SMKPK yang diketuai oleh En. Mohd Azmi b Jusoh.Bagi menyemarakkan lagi suasana majlis sambutan, semua guru telah bersatu suara menyanyikan lagu Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa. Nyayian mantap oleh semua guru ini telah mendapat tepukan gemuruh daripada semua pelajar.
Â
Acara sukaneka kali ini lebih meriah dengan penglibatan guru dan pelajar dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai oleh 7 orang guru dan 3 orang pelajar. Penggunaan nama kuih tradisional kepada setiap kumpulan seperti beronok sagu, tok aji serban, pengat pisang, gepok kacang, beka ubi, dan apam balik juga menaikkan semangat setiap kumpulan. Antara acara sukaneka yang dipertandingkan pada tahun ini ialah pancing ikan, buat aiskrim, tiup belon, cucuk manik, puzzle dan sampaikan pesanan. Acara khas untuk pelajar juga diadakan iaitu rebut kerusi bagi pelajar lelaki dan perempuan. Sikap keterbukaan dan ’sporting’ semua guru terutamanya GPK Pentadbiran, GPK HEM dan GPK Kokurikulum yang turut serta dalam acara sukaneka tahun ini lebih menghangatkan suasana.
Â
Selesai acara padang, semua guru dan pelajar kembali ke Dewan Bestari untuk meneruskan sambutan Hari Guru dengan sesi persembahan pelajar. Antara persembahan yang disampaikan oleh pelajar ialah nasyid, nyayian solo dengan iringan gitar, deklamasi sajak dan seloka. GPK HEM, En Abdul Hadi b. Abdullah telah mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk Guru Bukan Lilin. Saat yang ditunggu-tunggu oleh semua guru dan pelajar ialah sesi penyampaian hadiah bagi acara sukaneka. Berikut adalah keputusan pemenang bagi acara sukaneka:
Â
Tempat pertama : Tok Aji Serban
Tempat Kedua   : Pengat Pisang
Tempat Ketiga   : Gepok Kacang
Tempat Keempat : Beka Ubi
Tempat Kelima  : Bronok Sagu
Tempat Keenam : Apam Balik
Â
Acara Rebut Kerusi
Lelaki : Waqiuddin b Abd Salam
Perempuan : Farahana Idayu bt Ismail
Â
Majlis sambutan Hari Guru 2010 selesai pada jam 1.00 tengah hari.
|